Pages

Sunday, August 8, 2010


Boneka 9 Daerah Negeri Selangor
Pameran Karnival Mesra Rakyat di Jeram Kuala Selangor pada 7&8hb Ogos 2010.


Daerah Sepang -

Perempuan –
Berbaju kebaya labuh (kebaya Selangor) berpesak di hadapan dan di hiasi dengan 3 kerongsang baju serta berkain sarong songket. Kepala ditutupi dengan kelengkan benang emas

Lelaki –
Berbaju sepasang cekak musang yang di padankan dengan tetampan di bahu kanan dan bersampin dagang dalam. Kelapa di padankan dengan tanjak ‘Sebang Selat’ di kepala.







Daerah Petaling

(Corak pakaian daerah ini lebih berunsur kemodenan, sesuai dengan taraf daerah cosmopolitan)

Perempuan –
Berbaju kebaya pendek sepasang kain songket berwarna kuning cair dan dihiasi kerongsang baju serta berselendang di tangan.

Lelaki –
Berbaju 5 persalianan iaitu baju, seluar, sampan, bengkung dan tanjak.






Daerah Kuala Langat - Mahmeri

Perempuan dan lelaki –
Pakaian mereka adalah gabungan dari hasil tenunan dan alam semula jadi yang mana mereka mencipta pakaian sendiri dan identiti tersendiri. Mereka menggunakan kulit kayu TERAP untuk di jadikan pakaian mereka.









Daerah Hulu Selangor - Rawa

Perempuan –
Asalnya pakaian ini melambangkan ke arah kemuafakatan kerja (bertani) yang memakai kain tahan lusuh. Berkemban kain lusuh di luar berlapis baju kurung didalam.

Lelaki –
Berbaju teluk belanga, di bahunya ditutupi kain tetampan untuk menahan panas ketika waktu berkerja. Di kelapa dihiasi dengan tengkolok yang sewarna dengan sampin dan penutup bahu.



Daerah Sabak Bernam - Banjar

Perempuan –
Berbaju lengan pendek yang di hiasi dengan lapik dada (la) berkain baldu merah yang ditekad dengan benang emas dan memakai pending emas di pinggang
Lelaki –
Berbaju sikap sepasang baldu kuning serta bersampin dagang dalam juga berbaldu berwarna merah. Kepala memakai tanjak ‘mumbang belah’ yang ditekad bunga emas.



Daerah Hulu Langat - Minang

Perempuan –
Berbaju kebaya labuh baldu merah bertekad renda emas dihujungnya dan berkain songket sedondon warna. Memakai hiasan mahkota kecil di kepala dan selendang.
Lelaki –
Sepasang badlu merah berbaju lapis dua di mana, di dalamnya memakai anak baju dan di luarnya memakai baju sikap bertekad renda emas. Di kepala berhias tanjak tembaga.