Pages

Monday, August 9, 2010

Pakaian Daerah Selangor Tahun 80an-90an

Pakaian Daerah Gombak - Mandailing

Pakaian Daerah Hulu Langat - Minang

Pakaian Daerah Hulu Selangor - Rawa

Pakaian Daerah Kuala Selangor - Jawa

Daerah Klang - Bugis

Kertas Kajang Lama - IDENTITI SENI BUDAYA NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

Bengkel Identiti Seni Budaya Negeri Selangor

Topik1 - Tarian Tradisional Negeri Selangor (Dr. Anis)
Topik 2 - Muzik Tradisional Negeri Selangor (Dr. Ariff)
Topik 3 - Muzik Tradisional dan Kontemporari Dalam Seni Tari (Dr. Ariff)
  • Tarian Dabus
  • Tarian Piring
  • Cempuling dan Araban
  • Gendang 9 (Gordang)
  • Keroncong
Topik 4 - Pakaian Tradisional Negeri Selangor dan Pemakaian Dalam seni Tari (Dr. Siti Zainon)
Topik 5 - Pakaian Tradisional Melayu (Pn. Azah Aziz)






















Sunday, August 8, 2010


Boneka 9 Daerah Negeri Selangor
Pameran Karnival Mesra Rakyat di Jeram Kuala Selangor pada 7&8hb Ogos 2010.


Daerah Sepang -

Perempuan –
Berbaju kebaya labuh (kebaya Selangor) berpesak di hadapan dan di hiasi dengan 3 kerongsang baju serta berkain sarong songket. Kepala ditutupi dengan kelengkan benang emas

Lelaki –
Berbaju sepasang cekak musang yang di padankan dengan tetampan di bahu kanan dan bersampin dagang dalam. Kelapa di padankan dengan tanjak ‘Sebang Selat’ di kepala.







Daerah Petaling

(Corak pakaian daerah ini lebih berunsur kemodenan, sesuai dengan taraf daerah cosmopolitan)

Perempuan –
Berbaju kebaya pendek sepasang kain songket berwarna kuning cair dan dihiasi kerongsang baju serta berselendang di tangan.

Lelaki –
Berbaju 5 persalianan iaitu baju, seluar, sampan, bengkung dan tanjak.






Daerah Kuala Langat - Mahmeri

Perempuan dan lelaki –
Pakaian mereka adalah gabungan dari hasil tenunan dan alam semula jadi yang mana mereka mencipta pakaian sendiri dan identiti tersendiri. Mereka menggunakan kulit kayu TERAP untuk di jadikan pakaian mereka.









Daerah Hulu Selangor - Rawa

Perempuan –
Asalnya pakaian ini melambangkan ke arah kemuafakatan kerja (bertani) yang memakai kain tahan lusuh. Berkemban kain lusuh di luar berlapis baju kurung didalam.

Lelaki –
Berbaju teluk belanga, di bahunya ditutupi kain tetampan untuk menahan panas ketika waktu berkerja. Di kelapa dihiasi dengan tengkolok yang sewarna dengan sampin dan penutup bahu.